Kata Alu-Aluan Guru Perpustakaan & Media
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah-NYA, saya, Irmieana binti Che Ismail sebagai Guru Perpustakaan dan Media SK Sungai Talam, berpeluang merakamkan sepatah dua kata dalam Profil Pusat Sumber Sekolah Maktabah Ar-Raudhah kali ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, khususnya Guru Besar, Puan Normah binti Seliman dan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Halijah binti Supar kerana telah memberi sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan dalam usaha menyempurnakan profil ini.
Jutaan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Maktabah Ar-Raudhah kerana telah berusaha, mencetus dan menyumbangkan idea untuk sama-sama menyiapkan profil ini.
Pusat Sumber Sekolah Maktabah Ar-Raudhah amatlah berperanan khususnya dalam menghadapi cabaran pendidikan era globalisasi kerana para guru dan pelajar memerlukan anjakan paradigma serta perkembangan minda ke arah merealisasikan wawasan negara.
Justeru, saya dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Maktabah Ar-Raudhah, Kebangsaan Sungai Talam khususnya akan terus sedaya upaya kami cuba merpertingkat penggunaan Pusat Sumber Sekolah dengan berperanan dalam menambah input penggunaan dan penghasilan bahan sokongan yang boleh diguna pakai oleh kumpulan sasaran tanpa halangan, cepat dan berkesan menggunakan pelbagai media dan sumber sedia ada.
Akhir kata, harapan saya agar Pusat Sumber Sekolah Maktabah Ar-Raudhah, Kebangsaan Sungai Talam akan terus mengorak langkah dalam memperbaiki dan meningkatkan taraf pembelajaran dan pengajaran secara kolektif dan berterusan.
Sekian, wassalam.
All the best skesta n pss
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga terus maju 👍😘
ReplyDeleteTahniah
ReplyDelete