KOLEKSI BAHAN BACAAN
Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat
bercetak yangdiselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan
olehpelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada
beberapakategori, antaranya adalah :
- Buku
Fiksyen
- Buku
Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
- Buku
Bukan Fiksyen ( Rujukan )
- Bahan
Terbitan Berkala.
- Bahan
khusus.
BUKU FIKSYEN
Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan
daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat
diklasifikasikan mengikutbahasa, antaranya :
- Buku
Fiksyen Melayu
- Buku
Fiksyen Inggeris
- Buku
Fiksyen Cina
- Buku
Fiksyen Tamil
- Buku
Fiksyen Arab
Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku
fiksyen adalah :
- Cerita
Sains
- Cerita
Nasihat
- Cerita
Dongeng
- Cerita
Khayalan
- Cerita
Binatang
- Cerita
Rakyat
BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk
pinjaman danbuku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman
merupakanbuku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku
bukanfiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja
dantidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas
dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
- Karya
am
- Falsafah
- Agama
- Sains
Kemasyarakatan
- Bahasa
- Sains
Tulen
- Teknologi
- Kesenian
- Kesusasteraan
- Sejarah
& Geografi
BUKU RUJUKAN
Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan
tetapi khas untukmencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat
tentangmakna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran
tentangtempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :
- Buku
Rujukan Umum
- Buku
Rujukan Am
- Buku
Rujukan Khusus
- Bahan
Khusus
BUKU RUJUKAN UMUM
Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta
memenuhikeperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan
denganmata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi
kehendakkurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk
semuaorang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam.
Diantara buku rujukan am adalah :
- Almanak
- Atlas
- Direktori
- Ensiklopedia
umum
- Gazetir
- Kamus
umum
BUKU RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara
terperinci,mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja.
Iamengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara
buku rujukan khusus adalah :
- Abstrak
- Bibliografi
khas
- Biografi
Individu
- Ensiklopedia
Khusus
- Buku
Glosari
- Buku
Indeks
- Buku
Istilah
- Kamus
khusus
BAHAN KHUSUS
Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan
sesuatu perkaraatau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
- Kertas
Seminar
- Pekeliling
- Tesis
- Maklumat
perangkaan
KOLEKSI BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang
diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama
ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.
KOLEKSI BUKU NADIR
Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang
diterbitkan sebelum1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.
BAHAN TERBITAN BERKALA
Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan
secara berkala ataubersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu
sekali, sebulan sekali,setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di
antara bahan terbitanberkala adalah :
- Buletin
- Jurnal
- Laporan
Tahunan
- Majalah
- Risalah
- Surat
khabar
ABSTRAK
Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu
perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta
mengikut gayapenulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan
adalah untuk membantu pembaca :
- Menilai
isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
- Membuat
nota dan catatan yang berkesan
- Tentang
bahan semasa.
- Dalam
penyampaian laporan.
- Dalam
pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat
perangkaan. Ia jugamerupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai
haribulan denganmaklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang
surut, peredaranbulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan
maklumatperangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat
danmendalam.contoh almanak
BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar
penerbitan bercetakyang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan
disusun dalamsusunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan
penerbitanbercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat
dan tahun diterbitkan.
Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
- Bibliografi
di bahagian akhiran buku.
- Bibliografi
jilid khas atau buku.
Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :
- Memudahkan
pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku
yang telah dibaca.
- Menggalakkan
pembaca membuat rujukan tambahan
- Untuk
memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpamengetahui
dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat
mengenai riwayathidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :·
Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebihmendalam sama
ada yang masih hidup atau meninggal dunia.contoh biografi
ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat
luastentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusunmengikut
abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa ataufakta dan mampu
menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana
kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang
ia dilengkapi gambar-gambar danilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi
maksud yang hendak disampaikan.
Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
- Ensiklopedia
umum - Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am
tentangperkara atau bidang tertentu.
- Ensiklopedia
Khusus - Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan
mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu
perkara atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :· Untuk mendapatkan
gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topikdengan merujuk ensiklopedia
umum.· Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atautopik
dengan merujuk ensiklopedia khusus.
GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai
tempat-tempatatau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi.
Selain daripadamaklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan
sejarah,perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai
tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut abjad. Tujuan menggunakan gazetirGazetir
digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat.
GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah
atau perkataantertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang
disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat dua jenis glosari iaitu:
- Glosari
yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagibuku bukan
fiksyen.
- Buku
Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan
tertentu dalam bidang-bidang tertentu.
Tujuan menggunakan glosari
- Glosari
memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatuperkataan atau istilah
yang kurang jelas.
- Ia
juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat
memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus.Glosari
khusus untuk Teknologi Maklumat
INDEKS
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai
sesuatumaklumat seperti perkataan atau topik.
Tujuan Indeks
- Memudahkan
pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
- Memudahkan
pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks
- Indeks
di bahagian akhir buku.
- Indeks
Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu
bidang ilmupengetahuan.Tujuan menggunakan istilah :
- Untuk
mendapatkan ejaan yang betul.
- Untuk
membuat terjemahan.
- Untuk
ketepatan penggunaan perkataan.
Jenis Istilah·
Halaman Istilah.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.·
Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah
dalam bidangtertentu.
KAMUS
Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang
perkataanseperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata,
tatabahasa,penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.Kamus
terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :a. Kamus umum ialah kamus
biasa yang mengandungi maklumatseperti :- Makna sesuatu perkataan- Cara
menggunakan perkataan- Ejaan yang betulb. Kamus TerjemahanKamus jenis ini hanya
memberi makna sesuatu perkataan dalamsatu bahasa ke bahasa yang lain.c. Kamus
Perkara Khas ( Kamus khusus )Kamus ini memberi maklumat yang terperinci
mengenai sesuatuperkataan dalam sesuatu bidang tertentu. Tujuan menggunakan
kamus adalah :
- Untuk
mencari makna atau definisi perkataan .
- Untuk
mengetahui asal-usul perkataan.
- Untuk
mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
- Untuk
mengetahui jenis perkataan.
- Untuk
menunjukkan cara menggunakan perkataan.
- Untuk
mengetahui ejaan yang betul.